Mukhriz Dilantik Presiden Baru KFA - Sukan | mStar

Mukhriz Dilantik Presiden Baru KFA

Mukhriz Mahathir.
Mukhriz Mahathir.

ALOR SETAR: Menteri Besar, Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dilantik secara rasmi sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah(KFA) bagi menggantikan bekas presiden Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kehormat KFA Syed Khairol Anuar Syed Abidin selepas Mesyuarat Luar Biasa (EGM) di Wisma Darul Aman di sini Rabu yang turut dihadiri 28 perwakilan.

Beliau berkata Azizan, yang juga bekas Menteri Besar, melepaskan jawatan tersebut pada awal Jun lepas disebabkan masalah kesihatan dan perwakilan KFA sebulat suara melantik Mukhriz sebagai presiden baru bagi penggal 2013/ 2014.

Perlembagaan KFA sebelum ini menetapkan presiden persatuan itu adalah Menteri Besar dan perlembagaan baru yang diubah pada 2010 menyaksikan jawatan tersebut dan eksekutif KFA bukan lagi automatik sebaliknya dipertandingkan.

Sementara itu, Mukhriz berkata beliau menggalas satu amanah berat sebagai presiden KFA kerana sukan bola sepak ini merupakan sukan yang diberi perhatian yang serius oleh rakyat di negeri ini.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih serta penghargaan kepada bekas Presiden KFA atas jasa dan sumbangan beliau kepada KFA sebelum ini," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini.

Katanya, beliau bertekad berusaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri ini pada masa akan datang dan ianya sesuai dengan aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum yang lepas.

Katanya, beliau akan mengkaji semula program pembangunan bola sepak negeri ini dengan menjalin kerjasama dengan kelab-kelab terkemuka antarabangsa bagi memberi pendedahan kepada pemain Kedah.

"Pendedahan dari segi kemahiran, cara pengurusan dan latihan merupakan penggerak utama kepada peningkatan mutu bola sepak negeri ini pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, jurulatih sementara pasukan Kedah, Datuk Ahmad Shafie berkata, ini merupakan cabaran baharu bersama Mukhriz untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Kedah selepas tersingkir dalam Liga Perdana.

Katanya, beliau mahu pasukan Kedah mengulangi sejarah kejayaan sebelum ini dan diharap pemain sedia ada mampu menggalas cabaran ini untuk menjulang Piala Malaysia musim ini.

"Kita dah ada pemain berpengalaman. Ada pemain yang bermain diperingkat nasional dan banyak kali ke separuh akhir. Kita cuma nak perbetulkan corak permainan pemain untuk menuju kejayaan," katanya.

Ahmad Shafie merupakan jurulatih sementara pasukan Kedah bagi menggantikan bekas jurulatih Mario Tot yang meletakkan jawatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nama Gerardo Martino Mula Jadi Sebutan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain