suria

Pelumba Superbike Itali Terkorban

Antonelli maut selepas terlibat dalam pelanggaran dengan rakan senegaranya pada selekoh terakhir pusingan awal kejohanan Supersport Dunia.

MOSCOW: Pelumba superbike warga Itali Andrea Antonelli terkorban selepas terlibat dalam kemalangan pada pusingan pembukaan perlumbaan Kejohanan Supersport Dunia di Litar Moscow, pada Ahad.

Antonelli mengalami kecederaan kepala apabila dia terjatuh dari motosikal Kawasakinya ketika berada pada kelajuan 250 kilometer sejam sebelum dirempuh pelumba senegaranya, lapor media Itali, Gazzetta dello Sport.

Pelumba berusia 25 tahun itu meninggal dunia selepas dimasukkan ke pusat perubatan di litar itu.

Perlumbaan itu dihentikan oleh pihak penganjur.

Sementara itu, agensi berita Itar-Tass melaporkan, pihak penyiasatan pusat Rusia sedang menyiasat kejadian berkenaan untuk tindakan lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain