United Tewaskan All Star 5-1 - Sukan | mStar

United Tewaskan All Star 5-1

Lingard (kanan) meraikan jaringannya bersama Giggs (kiri) dan Welbeck.
Lingard (kanan) meraikan jaringannya bersama Giggs (kiri) dan Welbeck.

MANCHESTER United memperoleh kemenangan pertama di bawah pengurus baharu, David Moyes selepas menewaskan A-League All Star 5-1 di Sydney, Australia malam Sabtu.

Jesse Lingard dan Danny Welbeck masing-masing menjaringkan dua gol sebelum penyerang Robin van Persie melengkapkan gol kelima pada minit ke-86.

The Red Devils tewas 0-1 kepada Singha All Star XI di Bangkok, Thailand minggu lalu tetapi anak buah Moyes berada dalam keadaan terkawal di haparan 83, 127 penonton di Stadium ANZ.

Barisan depan United diperkuat Ryan Giggs, Welbeck, Wilfried Zaha dan Lingard memberi impak dalam perlawanan itu dan tidak memerlukan masa yang lama untuk memecah kebuntuan.

Sementara itu, gol tunggal All Star dijaringkan penyerangnya, Besart Berisha pada minit ke-51.

Barisan pemain:

United XI: Lindegaard, Rafael, Jones, Ferdinand, Evra, Zaha, Cleverley, Carrick, Giggs, Lingard & Welbeck. (Pemain gantian: De Gea, Anderson, Fabio, van Persie, Keane, Januzaj.)

All Stars XI: Covic, Bojic, Beauchamp, Boogaard, Topor-Stanley, Rose, McGlinchey, Emerton, Miller, Broich, Berisha

MANCHESTER United , All Star , Sydney , Australia

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain