suria

Ribuan Saksikan Malaysia Menentang Chelsea

Antara aksi sebahagian penyokong Chelsea di Stadium Shah Alam, malam Ahad. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR

SHAH ALAM: Beribu-ribu peminat bola sepak membanjiri Stadium Shah Alam bagi menyaksikan Pilihan Malaysia XI menentang pasukan Chelsea dan yang pastinya menjadi permainan yang menghiburkan buat para peminat.

Pemain seperti Eden Hazard, John Terry, Ashley Cole dan Petr Cech dijangka beraksi dalam perlawanan persahabatan yang merupakan sebahagian daripada pra-musim Jelajah Asia bagi Chelsea.

Malaysia membarisi para pemain antaranya Safee Sali, Syakir Shaari, S.Kunalan dan pemain tengah Skuad Harimau Muda, Junior Eldstal.

Lebih 35,000 peminat berkumpul di stadium untuk perlawanan yang dijadualkan bermula pada pukul 9.45 malam.

Mereka yang berada di stadium seawal 8:00 telah menyanyi lagu untuk menghidupkan suasana.

Artikel Lain