suria

Yohan Blake Umum Tak Pertahan Kejuaraan Dunia Ogos Ini

Yohan Blake
Yohan Blake
Yohan Blake

JUARA dunia 100m, Yohan Blake mengumumkan yang dia tidak dapat mempertahankan takhtanya pada Kejuaraan Dunia bulan depan di Moscow kerana kecederaan.

Pelari Jamaica berusia 23 tahun itu berhadapan dengan kecederaan otot sejak sebulan yang lalu sehingga menyebabkan dia menarik diri dari ujian kelayakan negaranya untuk ke kejohanan dunia itu.

Bagaimanapun itu tidak sama sekali menjejaskan peluangnya kerana dia telah pun layak ke kejohanan tersebut sebagai juara bertahan.

Namun begitu dengan keputusan terbaru ini bermakna juara Olimpik Usain Bolt boleh dikatakan kini tiada pencabar utama dalam acara 100m dan 200m nanti.

Blake memenangi kejohanan dunia 2011 di Daegu, Korea Selatan.

Penyertaan Usain Bolt pada acara tersebut pada tahun 2011 dibatalkan kerana melakukan kesilapan pada petak permulaan sebanyak tiga kali.

Asafa Powell dan pelari Amerika, Tyson Gay turut menarik diri pada kejohanan kali ini setelah disahkan positif dadah Jumaat lalu oleh badam anti-doping negara masing-masing.

Blake tidak bertanding dalam mana-mana kejohanan kompetatif tahun ini kerana dibelenggu kecederaan pada pangkal pahanya.

SENARAI PINGAT YOHAN BLAKE:

> Pingat Emas Olimpik London 2012 dalam acara 4x100m.

> Pingat Perak Olimpik 2012 dalam acara 100m dan 200m.

> Juara Dunia Daegu 2011 dalam acara 100m dan 4x100m.

Artikel Sebelum

Artikel Lain