suria

United Tawar £26 juta Kepada Barcelona Untuk Fabregas

Cesc Fabregas
Cesc Fabregas
Cesc Fabregas

MANCHESTER UTD pada Isnin membuat tawaran mengejut kepada Barcelona untuk membeli pemain tengah Cesc Fabregas pada harga £26 juta.

Ini adalah pembidaan pengurus baru David Moyes yang paling penting sejak memgambil alih jawatan tersebut daripada Sir Alex Ferguson pada 1 Julai lalu.

Moyes dan skuad utama United kini sedang berada di Australia dalam siri jelajah ke Asia.

United perlu melakukan pembelian besar setelah mereka terlepas mendapatkan khidmat kapten pasukan Bawah-21 Sepanyol, yang juga pemain tengah Barcelona, Thiago Alcantara di tangan Bayern Munich.

Fabregas, 26, merupakan bekas kapten Arsenal menyertai Barcelona pada 2011 tetapi selepas semusim masih tidak dapat menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama.

Musim lalu United berbelanja besar untuk mendapatkan seorang lagi pemain Arsenal iaitu Robin van Persie dan kehadirannya telah memberikan impak segera dan besar kepada skuad itu sehingga berjaya merampas kembali takhta Liga Perdana Inggeris dari tangan jiran mereka Manchester City.

Artikel Lain