suria

SSBJ Simpan Pemain, Aminuddin Kecewa

Pemain-pemain Bawah-19 kebangsaan mendengar taklimat sebelum berangkat ke Slovakia awal pagi Selasa. Foto: SAM THAM/The Star
Pemain-pemain Bawah-19 kebangsaan mendengar taklimat sebelum berangkat ke Slovakia awal pagi Selasa. Foto: SAM THAM/The Star
Pemain-pemain Bawah-19 kebangsaan mendengar taklimat sebelum berangkat ke Slovakia awal pagi Selasa. Foto: SAM THAM/The Star

KETUA Jurulatih Bawah-19 tahun kebangsaan, Aminuddin Hussin kecewa dengan tindakan pengurusan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBK) yang tidak membenarkan tiga tonggak utamanya menjalani latihan di Slovakia bulan ini.

"Memang sangat terjejas dengan apa yang kita rancang sebelum ini. Walaubagaimanapun sebagai seorang jurulatih, saya terpaksa menggunakan plan B sekiranya plan A tak menjadi bagi perancangan di Slovakia," jelasnya sebelum berlepas ke Slovakia awal pagi Selasa.

Latihan ke Slovakia sehingga 20 Ogos ini merupakan salah satu perancangan skuad muda ini menjalani persiapan menjelang Kejohanan Bola Sepak Asean Bawah 19 Tahun di Surabaya, Indonesia (9-22 Sept) dan pusingan kelayakan AFC B-19 di Zhejiang, China dari 8-12 Okt.

Aminuddin berkata, tiga pemain utamanya yang tidak dapat menyertai skuadnya ke Slovakia ialah penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, pertahanan tengah Mohd Raphi Azizan Mariappen dan pertahanan kiri, Mohd Arif Fadzilah Abu Bakar.

"Kita telah maklumkan kepada pihak sekolah menegenai perancangan kita sebelum ini. Perancangan program selama setahun.

"Namun ini yang terjadi dan ia pertama kali terjadi. Saya rasa sepatutnya hal ini tak perlu berlaku kerana mereka adalah pelajar-pelajar sekolah sukan.

"Ini adalah program pembangunan melibatkan sukan bila sepak negara.

"Bukannya sekolah biasa. Alasan pihak sekolah adalah kerana mereka meninggalkan sekolah terlalu lama," katanya.

Jelas Aminuddin, situasi ini sememangnya memberi kesan kepada skuadnya selepas

"Apa yang terjadi ini memang menjejaskan perancangan saya, lebih-lebih dalam persiapan kita untuk mengharungi kejohanan AFC.

"Dan kita sedia maklum pada kejohanan itu kita akan bersama Jepun dan China. Pastinya kita memerlukan persiapan yang rapi," katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata skuad bimbingannya akan beraksi dalam lapan perlawanan ujian selain tiga perlawanan dalam Kejohanan Jemputan Piala Mintal di Zilina.

Artikel Lain