suria

Bayern Berjaya Sambar Thiago

Thiago Alcantara akan bekerjasama semula dengan jurulatih Pep Guardiola di Bayern.
Thiago Alcantara akan bekerjasama semula dengan jurulatih Pep Guardiola di Bayern.
Thiago Alcantara akan bekerjasama semula dengan jurulatih Pep Guardiola di Bayern.

JUARA Eropah, Bayern Munich mengukuhkan barisan tengah pasukan itu dengan mempersetujui perjanjian untuk membawa masuk pemain Sepanyol Bawah 21 tahun, Thiago Alcantara dari Barcelona.

Thiago, 22, yang akan menyertai bekas jurulatih Barca, Pep Guardiola di Munich bakal menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh beberapa hari lagi sebelum menandatangani kontrak selama empat tahun, menurut Bayern dalam laman web mereka pada Ahad.

Barca turut mengesahkan perpindahan bernilai 25 juta euro yang dimeterai secara baik oleh kedua-dua pasukan.

"Thiago Alcantara merupakan pemain paling dikehendaki jurulatih baru, Pep Guardiola.

"Dia merupakan pemain hebat yang menjanjikan sesuatu yang luar biasa untuk memperkukuhkan barisan tengah Bayern," kata Ketua Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.

Thiago yang dilahirkan daripada akademi remaja Barca merupakan pemain yang dilihat sebagai bakal pengganti Xavi di bahagian tengah.

Dia dilaporkan pernah menyuarakan rasa kecewa kerana jarang diturunkan dan menarik perhatian beberapa kelab terkemuka di Eropah.

PROFIL THIAGO ALCANTARA:

Lahir: 11 April 1991

Kelab: Barcelona

Negara: Sepanyol

Pro: Ketika berusia 14 tahun pada 2005

Permainan Pertama: 17 Mei 2009

Jumlah Permainan: 84 kali (36 sebagai pemain gantian)

Gol: 12

Pingat: 4 Kejuaraan La Liga; 1 Liga Juara-Juara Eropah; 1 Piala Super Uefa; 1 Piala Super Sepanyol.

Antarabangsa: Kapten Pasukan Bawah-21 Tahun Sepanyol merangkul kejuaraan Eropah 2013

Artikel Lain