suria

Rooney Terpaksa Rehat Sebulan

Rooney terpaksa kembali ke London selepas mengalami kecederaan hamstring di Thailand pada Khamis.
Rooney terpaksa kembali ke London selepas mengalami kecederaan hamstring di Thailand pada Khamis.
Rooney terpaksa kembali ke London selepas mengalami kecederaan hamstring di Thailand pada Khamis.

PERMULAAN musim yang kurang baik buat penyerang Manchester United, Wayne Rooney yang terpaksa berehat lebih kurang sebulan selepas mengalami kecederaan hamstring ketika menjalani latihan di Thailand.

Skuad United kini berada di Thailand sempena Jelajah Asia 2013.

"Berdasarkan laporan imbasan terhadap kecederaan tersebut, Wayne Rooney terpaksa kembali ke London dengan segera bagi menjalani rawatan pemulihan.

"Dengan keadaannya itu, dia terpaksa berehat selama sebulan," jelas satu kenyataan kelab.

Berikutan kecederaan ini, Rooney dijangka tidak akan bersama pasukan menjelang perlawanan Piala Perisai Komuniti bertemu dengan juara Piala FA, Wigan Athletic di Wembley pada 11 Ogos ini.

Manchester United, Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain