Universiade: Badminton Raih Pingat Pertama Kontinjen, Hadiah Tiga Pingat Gangsa - Sukan | mStar

Universiade: Badminton Raih Pingat Pertama Kontinjen, Hadiah Tiga Pingat Gangsa

KAZAN: Skuad badminton mengakhiri pencarian pingat pertama Malaysia pada Sukan Universiti Dunia ke-27 (Universiade 2013) apabila menyumbang tiga pingat gangsa pada saingan hari kelima di sini, Rabu.

Tiga pingat tersebut diraih oleh perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain, beregu lelaki Loh Wei Sheng/Jagdish Singh dan beregu wanita, Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean.

Dalam perlawanan separuh akhir di Tennis Academy, di sini, ketiga-tiga wakil negara terpaksa berpuas hati dengan pencapaian gangsa selepas gagal ke final.

Iskandar kalah kepaad pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 9-21 dan 11-21; Loh/Jagdish kalah kepada beregu nombor satu dunia Lee Yongdae/Ko Sungyun dari Korea Selatan 14-21 dan 21-8.

Pasangan Chow dan Lee turut mengalami nasib yang sama apabila diketepikan Chang Ye Na/Kim So Young dari Korea Selatan 17-21 dan 9-21.

Pada kejohanan tersebut tempat ketiga dan keempat berkongsi pingat gangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiada Rezeki Di Kolam Renang Universiade

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti