suria

Swansea Semakin Hampiri Bony

Wilfried Bony
Wilfried Bony
Wilfried Bony

KELAB Swansea dijangka akan mendapatkan penyerang Ivory Coast, Wilfried Bony dari kelab Vitesse Arnhem dalam tempoh terdekat ini.

Namun belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua kelab mengenai perjanjian ini.

Bagaimanapun di laman Twitter telah tersebar gambar Bony bersama pengerusi kelab, Huw Jenkins pada Selasa pagi.

Menurut laporan, Swansea akan membayar yuran perpindahan sebanyak £13 juta (RM61.59 juta) kepada kelab Belanda itu.

Ivory Coast, Wilfried Bony, Swansea

Artikel Lain