suria

Chelsea Timbang Tawar Rooney Kontrak 5 Tahun Bernilai £60 Juta

Rooney (kanan) hadir menyaksikan final tenis Wimbledon bersama isterinya Coleen.
Rooney (kanan) hadir menyaksikan final tenis Wimbledon bersama isterinya Coleen.
Rooney (kanan) hadir menyaksikan final tenis Wimbledon bersama isterinya Coleen.

CHELSEA percaya mereka boleh dan bersedia menawarkan gaji sebanyak £240,000 seminggu selama lima tahun kepada Wayne Rooney jika pemain itu sanggup meninggalkan Old Trafford.

Ini bermakna Rooney akan memperolehi £60 juta sepanjang tempoh kontraknya selama lima tahun dengan kelab London itu.

Rooney kini menjadi sasaran utama Jose Mourinho walaupun Pengurus Manchester United, David Moyes telahpun membuat kenyataan Jumaat lalu yang pemain England itu tidak akan dijual.

Menurut laporan akhbar The Sun UK, nilai perpindahan Rooney dianggarkan sekitar £30 juta jika ada mana-mana kelab mahukan khidmatnya tetapi adalah tidak pasti sama ada United bersedia untuk menjual pemain itu kepada mana-mana kelab yang menjadi saingan utama mereka dalam liga.

Semalam (Isnin), Mourinho, buat pertama kalinya mengendalikan sesi latihan kelab London itu sejak kembali menerajui Chelsea buat kali yang kedua dalam sejarah kariernya.

Selain Rooney Mourinho juga berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain Liverpool Luis Suarez.

Artikel Berikut

Artikel Lain