suria

England Sah Ke Piala Dunia 2014 Selepas Menang Tempat Ketiga

JOHOR BAHRU: England mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2014 apabila mengalahkan Korea Selatan 2-1 untuk menduduki tempat ketiga pada pusingan separuh akhir Kejohanan Liga Hoki Dunia di sini malam Ahad.

Harry Martin muncul wira skuad England apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-59, sekali gus tiket ke Piala Dunia di The Hague, Belanda, tahun depan.

England mendahului 1-0 pada separuh masa melalui jaringan padang Ben Arnold pada minit ke-12 sebelum Korea Selatan berhempas pulas untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-51 menerusi Kim Seong Kyu.

Tiga pasukan teratas pada kejohanan ini akan layak ke Piala Dunia 2014. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain