suria

Separuh Akhir Liga Hoki Dunia: Pakistan Tewaskan Afrika 6-2

JOHOR BAHRU: Pakistan mengalahkan Afrika Selatan 6-2 untuk menduduki tempat ketujuh pada separuh akhir Kejohanan Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya di sini Ahad.

Pakistan, bekas juara dunia sebanyak empat kali itu, mendahului 1-0 pada separuh masa menerusi pukulan sudut penalti oleh Muhammad Waqas pada minit ke-22.

Pada babak kedua, Pakistan memperkemaskan jentera serangan untuk melakukan serangan bertali arus ke benteng lawan dan berjaya menyumbat lima gol padang menerusi Muhammad Rizwan Sr (minit 37) Aamir Shazad (39'), Abdul Haseem Khan (41', 66') dan Abbas Haider Bilgrami (53').

Afrika Selatan menjaringkan dua gol menerusi gol padang oleh Timothy Drummond pada minit ke-62 dan Lloyd Norris-Jones dua minit kemudian untuk menduduki tangga tercorot pada kejohanan lapan pasukan itu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain