suria

Jepun Atasi Afrika Selatan 1-0 Menerusi Pukula Penalti

JOHOR BAHARU: Jepun mengalahkan Afrika Selatan 1-0 menerusi pukulan penalti pada perlawanan menentukan tempat kelima hingga kelapan pada separuh akhir Kejohanan Liga Hoki Dunia di sini, Sabtu.

Perlawanan tersebut ditentukan menerusi pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa tambahan.

Esok, Jepun akan menentang Malaysia untuk menentukan tempat kelima dan keenam manakala Afrika Selatan akan berdepan dengan Pakistan pada perlawanan menentukan tempat ketujuh dan kelapan.

Malaysia mengalahkan Pakistan 3-1 untuk mara ke perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam. - BERNAMA

Kejohanan Liga Hoki Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain