suria

Steve McClaren Sah Dilantik Jurulatih QPR

Steve McClaren
Steve McClaren
Steve McClaren

BEKAS pengurus England, Steve McClaren sah menyertai QPR sebagai jurulatih, bersama pengurus kelab, Harry Redknapp, menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

Redknapp berkata: "Saya amat gembira kerana dapat membawa Steve masuk.

"Semua orang tahu mengenai jurulatih terkenal ini dan dia akan menambah sesuatu yang berbeza kepada pasukan ini, tidak kira berapa lama dia akan bersama kita."

"Ini adalah musim penting bagi kami dan saya mahu segala-galanya segar, bukan hanya dari segi permainan.

"Saya mahukan idea baru, pendapat berbeza dan pandangan orang yang berpengalaman untuk dilontarkan. Itulah yang dibawakan Steve," katanya.

Steve berkata: "Saya gembira menerima jawatan yang ditawarkan oleh Harry dan QPR."

Steve McClaren, QPR, Harry Redknapp

Artikel Lain