suria

QPR Bakal Jual Samba Ke Anzhi

Samba akan kembali menyertai pasukan Anzhi.
Samba akan kembali menyertai pasukan Anzhi.
Samba akan kembali menyertai pasukan Anzhi.

PEMAIN pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Christopher Samba dijangka akan dijual kepada kelab lamanya, Anzhi Makhachkala dengan nilai £12 juta (RM29 juta).

Pemain berusia 29 tahun itu menyertai QPR pada Januari lalu dari kelab Rusia tersebut dan tidak dinyatakan harga perpindahan sebenar.

"Mempunyai duit banyak tidak membuatkan kamu gembira sekiranya berada berjauhan dengan keluarga.

"Saya kembali untuk bersama keluarga. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kamu memerlukan dua-duanya, iaitu berasa gembira dengan karier dan satu lagi berada dekat dengan orang yang kamu sayangi," jelasnya.

Bekas pemain Blackburn ini merupakan satu-satunya pemain yang menarik minat Harry Redknapp Januari lalu.

Namun Samba gagal mempamerkan prestasi memuaskan, lebih-lebih ketika beraksi bertemu Fulham pada April lalu.

Selepas perlawanan tersebut, Samba dikecam oleh penyokong-penyokong QPR di laman Twitter, serta mempertikaikan gaji yang lumayan sebanyak £100,000 yang diterimanya.

"Bagi yang masih bercakap mengenai prestasi 100 peratus, jelaskan kepada saya apa itu prestasi 100 peratus?

"Sebagai pemain, kami keluar ke padang dan memberi segalanya.

"Kami telah mencuba sebaik mungkin setiap minggu, dan bayaran yang saya terima tidak ada kena mengena dengan dengan kamu semua, dan harga itu, saya tidak pernah meletaknya di fikiran saya. Sila tolong matang," jelas Samba membalas kritikan yang dilemparkan kepadanya di laman Twitter sebelum ini.

Kelab Liga Perdana Rusia itu bakal memulakan musim baru pada 3 Julai ini, manakala Anzhi menamatkan musim lalu dengan berada di kedudukan ketiga sekaligus layak beraksi dalam Liga Europa musim depan.

Artikel Lain