suria

Pusingan Ke-2 KBS MAM Kapcai Endurance Di Terengganu

SELEPAS kejayaan pusingan pertama siri KBS MAM Kapcai Endurance bagi musim 2013, pihak penganjur mengumumkan bahawa pusingan kedua, yang dijadualkan berlangsung pada 6-7 Julai di Litar Dato’ Sagor, Perak, terpaksa di tunda di atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.

Tarikh baru untuk kejohanan di Litar Dato’ Sagor akan di umumkan kemudian. Dengan penundaan ini, Litar Kart PSM Kuala Terengganu kini jadualkan menjadi tuan rumah pusingan ke-2 yang akan di langsungkan dari 2 –24 Ogos 2013.

Pusingan pertama sebelum ini berlangsung di Litar MIMC, Ayer Keroh Melaka Jun lalu dengan penyertaan 62 pasukan, bertanding dalam empat kelas iaitu Kelas 1, 2, 3 dan Kelas Terbuka.

Berbanding dengan musim pertama, terdapat banyak perubahan positif pada pusingan pertama musim ini dimana kebanyakan pasukan yang bertanding dalam pusingan pertama lebih bersedia terutama dari segi pemakaian suit perlumbaan yang lengkap.

Kejohanan anjuran Motorsports Association of Malaysia (MAM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelumba-pelumba amatur dari seluruh pelusuk Negara untuk mencuba nasib ke peringkat yang lebih tinggi.

Empat pemenang teratas bagi setiap kelas akan layak secara automatik ke pusingan akhir di Sepang Januari 2014 nanti.

Jadual baharu KBS MAM Kapcai Endurance bagi musim 2013:

Pusingan Ke-2 : 23hb – 24hb Ogos 2013 - Kuala Terengganu, Terengganu

Pusingan Ke-3 : 7hb – 8hb September 2013 – Dato’ Sagor, Perak

Pusingan Ke-4 : 27hb – 28hb September 2013 – Sintok, Kedah

Pusingan Ke-5 : 26hb – 27hb Oktober 2013 – Pekan, Pahang

Pusingan Ke-6 : 23hb – 24hb November 2013 – Miri, Sarawak

Pusingan Ke-7, Ke-8 & Ke-9 : Akan di umumkan kemudian

Pusingan Akhir : 10hb – 11hb Januari 2013 – Litar Antarabangsa Sepang

Artikel Lain