suria

Paulinho Sah Sarung Jersi Spurs Musim Depan

Paulinho
Paulinho
Paulinho

PEMAIN Corinthians, Paulinho sah bakal berhijrah ke Tottenham Hotspur musim depan.

Paulinho yang turut beraksi membantu Brazil dalam menjuarai Piala Konfederasi dengan menewaskan Sepanyol pada Isnin mengesahkan perpindahan tersebut.

"Ia saat yang sukar bagi saya. Saya telah melalui tiga musim yang menakjubkan di Corinthians.

"Apa yang saya boleh katakan ialah terima kasih Corinthians," jelasnya.

Pemain tengah ini mencatat 17 kap bersama negaranya dengan lima jaringan, temasuk menjaring gol kemenangan ketika aksi separuh akhir menentang Uruguay baru-baru ini sekaligus membawa Brazil ke final.

Paulinho,24, akan bersama Spurs sekaligus bersedia untuk beraksi dengan kelab Eropah.

"Tawaran datang, kami berbincang, analisi dan buat keputusan.

"Saya pasti keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik, bermain dengan kelab besar dan mereka datang ketika saya mahu mencuba cabaran baru," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain