Kolo ToureBEKAS pemain pertahanan Manchester City dan Arsenal, Kolo Toure, selesai menandatangani perjanjian untuk bersama Liverpool.Toure adalah pemain keempat yang mengesahkan untuk bersama-sama Liverpool setakat ini, mengikut jejak Luis Alberto, Iago Aspas dan Simon Mignolet. Pemain berusia 32 tahun itu menjadi pemain pertama dari Ivory Coast yang mewakili kelab itu.Toure memberitahu Liverpoolfc.com: "Ini memberi erti yang besar kepada saya. Saya yang pertama sekali menyertai salah satu kelab terbaik di England."