suria

Tenis Wimbledon: Serena Tersingkir Dalam Pusingan Ke-4

LONDON: Juara bertahan, Serena Williams, pada Isnin tersingkir pada pusingan keempat Kejohanan Wimbledon, tewas 6-2, 1-6, 6-4 kepada Sabine Lisicki dari Jerman.

Kekalahan itu mengakhiri rentetan kerjaya terbaik William yang memenangi 34 perlawanan dan cubaan beliau untuk memenangi gelaran keenam All England.

Williams mendahului dua kali dalam set ketiga tetapi Lisicki berjuang habis-habisan dan mendahului 5-4 sebelum mendapat mata kemenangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain