Khairy Minta Penajaan Lebih Besar Untuk Hoki Negara - Sukan | mStar

Khairy Minta Penajaan Lebih Besar Untuk Hoki Negara

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada Isnin meminta pihak korporat memberi penajaan yang lebih besar untuk skuad hoki kebangsaan yang telah membuktikan keupayaan mencatatkan kedudukan lebih baik dalam ranking dunia.

Beliau berkata prestasi skuad hoki semakin menonjol namun penajaan yang diterimanya tidak sebesar penajaan skuad bola sepak.

"Tajaan yang diterima untuk bola sepak adalah berdasarkan populariti sukan itu dan ini sangat menyedihkan jika dibandingkan dengan persembahan oleh pasukan hoki negara yang lebih menonjol tetapi tidak mendapat tajaan yang sepatutnya,". katanya kepada pemberita selepas melawat venue Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, Isnin.

Khairy berkata beliau akan berusaha mendapatkan peruntukan yang sewajarnya untuk pasukan hoki kebangsaan setimpal dengan usaha dan pencapaian pasukan tersebut.

Beliau berkata adalah penting untuk menyokong pasukan hoki negara hingga layak ke Piala Dunia 2014 untuk membuktikan sukan hoki mampu mengatasi bola sepak.

Skuad hoki negara berjaya melonjakkan kedudukan Malaysia ke tangga teratas Kumpulan B selepas menewaskan Afrika Selatan 6-4 pada saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, Johor malam Ahad.

Khairy dalam akaun twitternya selepas tamat perlawanan itu berkata: "Hoki kita semakin meningkat. Ranking dunia bagus. Tapi peruntukan sikit. Bola banyak duit. Tapi... Something is wrong with this picture."

Menurut Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Malaysia kini berada pada ranking ke-13 dunia berbanding kedudukan ranking skuad bola sepak negara di tangga 159 mengikut senaraui ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bulan lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Sukma Ke-16

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain