suria

Juara Dunia 100m Yohan Blake Tak Pertahan Mahkota Ogos Ini

Yohan Blake. Foto EPA
Yohan Blake. Foto EPA
Yohan Blake. Foto EPA

JUARA 100 meter dunia, Yohan Blake tidak akan mempertahankan mahkotanya di Moscow Ogos ini, demikian menurut media massa Jamaica, pada Ahad.

Blake, 23, memenangi acara 100m di Kejohanan Dunia di Daegu, South Korea, dua tahun lalu setelah penyertaan Usain Bolt dibatalkan kerana melakukan tiga kali kesilapan permulaan.

Sebagai juara bertahan, Blake tidak perlu melalui proses perlumbaan ujian tetapi kini menurut media massa tempatan, dia memutuskan untuk menjalani proses pembedahan pada lututnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain