suria

Piala FA: Penjualan Tiket Final Di Stadium Bukit Jalil Lancar

KUALA LUMPUR: Proses penjualan tiket bagi perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Johor Darul Takzim dan Kelantan pada Sabtu di Stadium Nasional Bukit Jalil berjalan lancar, Jumaat.

Tinjauan Bernama sejak 9 pagi sehingga 12.30 tengah hari mendapati keadaan tempat penjualan tiket dengan kehadiran kira-kira 15,000 peminat bola sepak yang beratur sejak awal pagi kelihatan terkawal dengan pemantauan polis.

Kaunter yang dibuka pada pukul 9 pagi menjual tiket sebanyak 20,000 menggunakan konsep 'Siapa Cepat, Dia Dapat'.

Ketua Polis Balai Bukit Jalil Insp Mohd Hafiza Mohd Razali berkata polis menjalankan pemantauan sejak 7 pagi dan tidak menerima laporan mengenai sebarang insiden kekecohan.

"Setakat ini proses penjualan tiket berjalan lancar dan saya harap keadaan terkawal sehingga selesai perlawanan pada Sabtu.

"Saya minta orang ramai bersabar dan elakkan ejek mengejek yang boleh menyebabkan pergaduhan," katanya kepada Bernama.- BERNAMA

Artikel Lain