suria

Tenis Wimbledon: Federer, Sharapova Tersingkir Pusingan Kedua

LONDON: Kejohanan Tenis Wimbledon pada kali ini menyaksikan dua pilihan utama Roger Federer dan Maria Sharapova kecundang lebih awal iaitu pada pusingan kedua.

Federer, juara tujuh kali Wimbledon dan juara 17 kali Grand Slam terpaksa meninggalkan gelanggang utama apabila dia tewas kepada pemain yang berada pada kedudukan 116 dunia walaupun juara kejohanan 36 kali berturut-turut ini meramalkan dapat melangkah ke peringkat suku akhir sekurang-kurangnya.

Dia tewas dengan mata 7-6 , 6-7, 5-7, 6-7 (5) terhadap Sergiy Stakhovsky.

"Ini adalah kekalahan, kekecewaan atau apa-apa sahaja yang anda mahu katakan" kata Federer, juara bertahan.

"Saya perlu melalui semua ini," katanya.

Sementara itu juara Wimbledon 2004, Maria Sharapova pula tewas 3-6, 4-6 kepada pemain ranking 131 Michelle Larcher.

Artikel Sebelum

Artikel Lain