suria

Piala FA: RapidKL Panjangkan Waktu Operasi LRT Ampang-Bukit Jalil

PETALING JAYA: RapidKL akan melanjutkan waktu operasi LRT Ampang Line ke stesen Bukit Jalil pada 29 Jun sehingga pukul 12.30 pagi untuk peminat menyaksikan perlawanan akhir Piala FA.

Satu kenyataan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad yang dikeluarkan, Khamis berkata pihaknya menjangkakan kehadiran penuh di Stadium Bukit Jalil untuk perlawanan Final Piala FA, yang akan menyaksikan persaingan sengit antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim.

"Kami akan memanjangkan perkhidmatan LRT ke Stesen Bukit Jalil sehingga 12.30 pagi atau sehingga orang ramai tiada lagi di stesen," kata kenyataan itu.

Prasarana berkata peminat bola sepak boleh meletakkan kenderaan mereka di mana-mana kawasan tempat letak kereta stesen LRT dari Ampang ke BUkit Jalil dan menaiki LRT ke Bukit Jalil.

Artikel Sebelum

Artikel Lain