Piala FA: Fandi Congak Percaturan Baru - Sukan | mStar

Piala FA: Fandi Congak Percaturan Baru

Aidil (depan) terpaksa melupakan hasrat beraksi pada final Piala FA Sabtu ini kerana digantung dua perlawanan.
Aidil (depan) terpaksa melupakan hasrat beraksi pada final Piala FA Sabtu ini kerana digantung dua perlawanan.

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Johor Darul Takzim (Johor DT), Fandi Ahmad mengakui pasukannya sedikit tempang selepas salah seorang pemain tonggak utamanya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak digantung dua perlawanan sekaligus tidak dapat beraksi pada aksi final Piala FA Sabtu ini.

Fandi berkata, ketiadaan Aidil dalam pasukan membuatkan dia terpaksa berhati-hati memasukkan pemain lain bagi menjaga benteng pertahanan Johor DT.

"Ia satu kehilangan besar buat pasukan menjelang perlawanan penting Sabtu ini. Buat masa sekarang saya masih belum putuskan siapa yang akan menggantikan posisi Aidil.

"Petang ini (Rabu) kami akan menjalani latihan dan di situ saya akan melihat siapa pengganti yang sesuai," jelasnya ketika dihubungi mStar Online, pada Rabu.

Fandi berkata selain memikirkan posisi yang ditinggalkan Aidil, dia juga terpaksa mencongak senarai pemain memandangkan dua lagi pemainnya, Safiq Rahim dan Andre Francisco Da Silva mengalami kecederaan.

"Andre dan Safiq belum diputuskan lagi sama ada boleh bermain atau tidak. Sudah dua hari mereka tidak menyertai latihan.

"Tahap kecederaan mereka agak merunsingkan saya, namun apa-pa pun saya akan lihat perkembangan mereka sehari dua ini," jelasnya yang dijangka tiba di Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Tambahnya, dia perlu membuat pilihan dengan bijak memandangkan lawan pada final ini adalah bukan sembarangan pasukan.

"Kita sedia maklum, lawan kelantan bukan mudah dan saya harap semuanya berjalan lancar nanti," katanya.

Aidil dilayangkan kad merah oleh pengadil Zamzaidi Katimin kerana melakukan terjahan keras menggunakan kedua-dua belah kakinya ke atas pertahanan Lions XII FC Irwan Shah Arismail pada aksi Liga Super di Singapura, Sabtu lalu.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk menggantung pemain berkenaan sebanyak dua perlawanan, sekaligus memusnahkan harapan Johor DT untuk menurunkan pemain itu Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa berkenaan Datuk Taufik Abdul Razak berkata pihaknya tidak boleh meminda keputusan pengadil yang melayangkan kad merah ke atas pemain berkenaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan dan Kod Tatatertib FAM.

Selain itu, tiket-tiket bagi perlawanan akhir akan mula dijual di Johor bermula Khamis.

Fandi turut mengharap agar semua penyokong Johor DT mengamalkan sikap disiplin dan tidak berebut untuk mendapatkan tiket perlawanan ini.

"Jangan gopoh ketika membeli tiket dan amalkan displin agar semuanya berada dalam keadaan baik," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain