suria

Penjaga Gol Sunderland Sah Milik Liverpool

Mignolet sah bermain dengan Liverpool pada musim baru nanti.
Mignolet  sah bermain dengan Liverpool pada musim baru nanti.
Mignolet sah bermain dengan Liverpool pada musim baru nanti.

KELAB Liverpool mengesahkan telah mengikat penjaga gol Sunderland, Simon Mignolet bagi mengharungi aksi baru musim depan.

Pemain antarabangsa itu dilaporkan telah menandatangani perjanjian jangka masa panjang di Anfiel selepas semua pemeriksaan kesihatan berjalan lancar.

Mignolet,25, mempamerkan aksi cemerlang di Sunderland semenjak tiba dari Sint-Truiden pada tahun 2010, seterusnya menjadi salah seorang penjaga gol yang diminati di Eropah.

"Ia sebuah kelab yang besar dan tiba di sini dengan perkara yang besar.

"Saya teruja berada di sini dan bersedia untuk memulakan cabaran.

"Sesi latihan pertama dijangka akan diadakan lebih awal, dan saya gembira bersama-sama yang lain.

"Saya rasa ia satu saat yang istimewa apabila pertama kali melangkah kaki ke padang."

Mignolet menjadi pemain keempat The Reds menjelang musim baru ini selepas Kolo Toure (Man City), Iago Aspas (Celta Vigo) dan Luis Alberto (Sevilla).

Sementara itu, pengurus pasukan, Brendan Rodger turut menyasarkan pemain pertahanan Sporting Lisbon, Tiago Iloris serta seorang lagi pemain tengah Shakhtar Donetsk, Henrikh Mkhitaryan.

Dia juga turut memantau seorang lagi pemain pertahanan bagi memastikan skuadnya cukup kuat bagi menggantikan Jamie Carragher yang telah bersara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alberts Puji Anak Buah

Artikel Lain