Edisi Ke-48 Jelajah Malaysia Tetap Berlangsung Pada Rabu - Naim - Sukan | mStar

Edisi Ke-48 Jelajah Malaysia Tetap Berlangsung Pada Rabu - Naim

KUALA LUMPUR: Edisi ke-48 perlumbaan berbasikal tertua di Malaysia dan rantau Asia, Jelajah Malaysia, tetap diteruskan mengikut jadual pada Rabu, kata Ketua Pegawai Operasi perlumbaan Datuk Naim Mohamad.

"Kita akan melaksanakan perlumbaan itu seperti yang dijadual esok. Berdasarkan laporan, situasi jerebu di dua negeri di selatan tanah air sudah agak pulih.

"Kita berharap keadaan cuaca akan memihak kepada kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengenalan Pasukan Jelajah Malaysia 2013 di sini, Selasa.

Peringkat pertama perlumbaan yang bermula di hadapan Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil ke Rembau, Negeri Sembilan sejauh 187.7km itu dijadual bermula pada pukul 11 pagi Rabu.

Naim, yang juga Timbalan Presiden Persekutukan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berkata sekiranya laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada awal pagi Rabu melebihi 100, mungkin satu perbincangan dengan pihak komisar dan delegasi teknikal akan diadakan sebelum perlumbaan bermula.

"Sekiranya pihak Kementerian Kesihatan mengatakan perlumbaan tidak sesuai dijalankan di kawasan atau laluan tertentu, maka kami akan membatalkan peringkat itu dan membawa kesemua pelumba yang terlibat ke tempat permulaan peringkat berikutnya.

"Kami sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan dan sehingga kini, kami tidak mendapat apa-apa larangan dikeluarkan kepada penganjur," katanya.

Dalam perkembangan lain, Naim berkata semua pendaftaran pelumba adalah mengikut prosedur kecuali juara bertahan untuk jersi putih (pelumba terbaik Malaysia) Mohd Adiq Husainie Othman, yang juga pelumba pasukan Profesional Benua (Pro Continental), selepas didapati oleh pihak komisar yang beliau menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlumbaan kali ini.

"Berdasarkan kepada peraturan UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) pelumba yang sudah mendaftar sebagai pelumba pasukan profesional benua tidak boleh menyertai pasukan kelab. Beliau hanya dibenar berlumba dengan pasukan kebangsaan.

"Perkara itu telah diselesaikan pada mesyuarat pengurus-pengurus pasukan petang tadi. Mohd Adiq Husainie akan berlumba mewakili pasukan Malaysia, manakala kekosongan beliau dalam pasukan ATM akan diisi oleh Muhammad Elmi Jumari," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain