suria

Li Na, Serena Mara Ke Pusingan Kedua Kejohanan Wimbledon

LONDON: Bekas juara Terbuka Perancis, Li Na mara ke pusingan kedua kejohanan Tenis Wimbledon dengan mudah selepas menewaskan pemain Belanda, Michaella Krajicek 6-1, 6-1 pada Selasa.

Pemain pilihan keenam itu akan bertemu sama ada Simona Halep dari Romania atau pemain Belarus, Olga Govortsova.

Krajicek tidak beraksi pada kejohanan tersebut sejak 2008.

Dalam perlawanan berasingan, Serena William turut memulakan langkah untuk mempertahankan kejuaraan Wimbledon selepas menewaskan Mandy Minella 6-1 6-3 pada malam Selasa.

Pemain No.1 dunia itu akan bertemu Caroline Garcia dari Perancis pada pusingan kedua.

Artikel Sebelum

Artikel Lain