suria

Juara Terbuka Perancis Nadal Tewas Di Pusingan Pertama Wimbledon

JUARA TERBUKA PERANCIS, Rafael Nadal dikejutkan oleh pemain nombor 135 dunia yang tidak dikenali - Steve Darcis yang menewaskannya pada pusingan pertama Terbuka Wimbledon 6-3, 6-2, 6-0.

Ini adalah keputusan di luar jangkaan yang terbesar dalam kejohanan Grand Slam apatah lagi pemain tidak ternama berusia 29 tahun dari Belgium itu tidak pernah melepasi pusingan kedua dalam mana-mana kejohanan Grand Slam sebelum ini.

Rafael Nadal sebelum ini juga tidak pernah tewas di peringkat pusingan pertama dalam mana-mana kejohanan Grand Slam.

Beliau adalah juara dua kali di kejohanan atas rumput ini di samping berjaya sampai ke lima perlawanan akhir.

Hanya baru sebulan yang lalu Nadal mencatat rekod menjuarai Terbuka Perancis untuk kali yang ke-8 satu rekod pada era moden.

Sejurus selepas kekalahan tersebut Nadal enggan menyalahkan kecederaan lututnya sebagai punca dia mencatatkan prestasi terburuknya dalam sejarah Grand Slam.

Artikel Sebelum

Artikel Lain