suria

Jerebu: Shell Eco-Maraton Asia Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Acara larian Shell Eco-Maraton Asia 2013 yang sepatutnya diadakan dari 4 hingga 7 Julai di sini, dibatalkan kerana jerebu.

Dalam kenyataan pada Selasa, Shell Malaysia berkata langkah itu diambil kerana pihaknya mengutamakan kesihatan dan keselamatan para peserta, termasuk pelajar, pembekal, kontraktor dan sukarelawan yang terlibat dengan acara itu.

Peserta yang mendaftarkan diri untuk menyertai acara ini telah dimaklumkan tentang pembatalannya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh melayari [email protected].

Acara ini akan diadakan dari 6 hingga 9 Februari 2014 di Manila. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain