suria

Latihan Jangka Panjang Wujudkan Lebih Ramai Atlet Olahraga Remaja - Shahidan

KUALA LUMPUR: Penyertaan 13 atlet pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Ukraine pada Julai depan merupakan hasil latihan jangka panjang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata pembangunan untuk atlet remaja yang dijalankan dalam jangka panjang suatu ketika dahulu kini membuahkan hasil.

"Langkah mencipta para atlet olahraga yang bagus tidak boleh dicapai dalam jangka masa yang sekejap, mereka perlu dididik dari usia muda lagi," katanya kepada pemberita pada kejohanan Olahraga Tertutup Junior dan Senior Kebangsaan KOM-Bank Rakyat 2013.

Shahidan, yang juga Presiden Persatuan Olahraga Perlis, turut menasihatkan para atlet agar tidak meninggalkan bidang masing-masing kerana bukan mudah untuk negara mendapatkan seorang atlet yang cemerlang. "Mereka (atlet) nak merajuk atau pergi mana-manapun terpulang kepada mereka... tapi saya minta mereka tak tinggal bidang yang sudah kita latih mereka itu," katanya sambil menambah beliau akan terus menyokong sukan negara. -BERNAMA

Artikel Lain