suria

LIBC 2013: Hanya Tiga Pasukan Tamatkan Cabaran

LANGKAWI: Hanya tiga daripada 30 pasukan berjaya menamatkan cabaran pada Kejohanan 24 Jam Cabaran Iron Bound Langkawi (LIBC) 2013, yang berakhir hari ini.

Pasukan lain terpaksa menyerah kalah dan menarik diri di pertengahan perlumbaan kerana keletihan serta tidak mampu meneruskannya.

Tiga pasukan yang menamatkan perlumbaan adalah dua bagi kategori lelaki dan satu kategori campuran.

Juara kategori lelaki ialah pasukan S.O.S dari Malaysia yang dianggotai Suhaimi Mohahadin, Rajemer Rejab, Hafizul Mohamad dan Mohd Syukri Sulaiman yang mencatat masa 22 jam 37 minit manakala Adventure Madness' dari Singapura di tempat kedua.

Juara kategori campuran ialah Wangodo Edge dari Singapura yang dianggotai Yan Jiehui, Wilson low, Samuel Lin dan Christ Yeo.

Kejohanan itu menyaksikan peserta berdepan cabaran dalam disiplin berkayak, merentasi hutan, larian, berbasikal dan mendaki bukit dengan jarak keseluruhan 200 kilometer selama 24 jam tanpa henti sejak perlumbaan dimulakan pukul 3 petang Jumaat.

Format perlumbaan melibatkan empat peserta dalam satu pasukan dan wanita dibenar mengambil bahagian bagi kategori campuran.

Lima negara menghantar wakil iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Hong Kong pada kejohanan itu, yang menawarkan hadiah keseluruhan US$22,000 (RM70,000). -BERNAMA

Artikel Lain