suria

Arsenal Mula Berbelanja Besar, Beli Higuain

Higuain berpindah ke Arsenal selepas hampir tujuh tahun bersama Real.
Higuain berpindah ke Arsenal selepas hampir tujuh tahun bersama Real.
Higuain berpindah ke Arsenal selepas hampir tujuh tahun bersama Real.

KELAB Arsenal akhirnya mengambil keputusan untuk berbelanja besar dalam Liga Perdana musim depan selepas mengikat penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain yang dianggarkan bernilai £50 juta (RM248.72) keseluruhan.

Malah lebih menarik, pemegang saham kelab, Alisher Usmanov turut mendorong pengurus kelab itu, Arsene Wenger untuk melabur wang kepada peyerang Manchester United, Wayne Rooney.

Pada awal bulan ini, ketua Eksekutif kelab, Ivan Gazidis berkata, Arsenal kini berada dalam posisi stabil untuk mendapatkan lebih ramai pemain yang berpengalaman.

Dan kehadiran Higuain membuktikan The Gunners mendengar keluhan penyokong-penyokong yang mahukan pemain yang lebih berpengalaman.

Berdasarkan satu laporan, Huguain bersetuju menyarung jersi Arsenal musim depan selepas perbincangan di antara kelab dan wakil Argentina berjalan lancar.

Higuain,25, dilaporkan bersetuju menandatangai perjanjian selama empat tahun, termasuk bonus bernilai sehingga £150,000 (RM746,160.60) seminggu.

Dan kelab ini secara langsungnya turut bersetuju membayar nilai perpindahan sebanyak £22 juta kepada pemain yang telah mencetak 117 gol untuk Real sejak tiba dari River Plate pada tahun 2006.

Artikel Berikut

Artikel Lain