suria

Rose Juara Terbuka AS

Rose menjulang trofi Terbuka AS.
Rose menjulang trofi Terbuka AS.
Rose menjulang trofi Terbuka AS.

ARDMORE: Justin Rose mencatat sejarah menjadi pemain golf kedua England menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada pusingan akhir di Merion, awal pagi Isnin.

Beliau melakukan pukulan par 70 pada pusingan keempat dengan kelebihan dua pukulan daripada pemenang kedua, Phil Michelson.

Ia lebih bermakna buat Rose apabila ia merupakan kejuaraan pertamanya dalam kejohanan utama.

Rose menjadi pemain England kedua selepas Nick Faldo pada 1996 yang memenangi Golf Masters.

Bagi Mickelson yang juga juara tiga kali Masters gagal mengherat Rose ke permainan 'play-off' meskipun mendahului pada hari ketiga Ahad.

Pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods bagaimanapun ketinggalan 10 pukulan untuk menduduki tempat ke-32.

Ia merupakan pencapaian terburuk Woods dalam kejohanan itu.

Artikel Lain