suria

Terbuka Indonesia: Chong Wei Rangkul Juara Kali Ke-5

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila berjaya meraih gelaran kelima badminton Terbuka Indonesia di Stadium Istora Gelora Bung Karno di Jakarta, Ahad.

Chong Wei, 30, selaku pilihan utama, mengambil masa 40 minit untuk mengatasi pemain nombor 22 dunia, Marc Zwiebler dari Jerman dengan keputusan 21-15 dan 21-14 pada perlawanan akhir.

Chong Wei mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh pertemuan dengan Zwiebler yang berusia 29 tahun itu.

Ini merupakan kejuaraan kelima Siri Super Premier berkenaan bagi Chong Wei selepas edisi 2007, 2009, 2010 dan 2011. -BERNAMA

Artikel Lain