suria

Suarez Akui Tidak Dilayan Dengan Baik, Ingin Ke Madrid

Suarez idam untuk bermain bersama Real Madrid.
Suarez idam untuk bermain bersama Real Madrid.
Suarez idam untuk bermain bersama Real Madrid.

PENYERANG Liverpool, Luis Suarez sekali lagi menyatakan niat untuk meninggalkan Liga Perdana kerana merasakan dirinya tidak dilayan dengan adil oleh pihak media dan orang awam.

Pemain antarabangsa Uruguay itu berkata, dia ingin berpindah ke Real Madrid tetapi agak kecewa kerana tidak menerima sebarang tawaran dari kelab itu.

"Saya tidak pasti sama ada akan menjadi pemain Madrid atau tidak."

Suarez mengakui, dia tidak gembira dengan hidupnya dalam Liga Perdana kerana dia merasakan tidak dilayan sewajarnya, dikritik media berdasarkan kelakuannya.

"Pihak media telah membuatkan saya berada sangat teruk sejak saya tiba di England. Mereka tidak pernah menilai aksi saya, mereka hanya nampak perangai saya."

Suarez juga turut menyalahkan orang awam mengenai keputusan tidak memilihanya sebagai Pemain Terbaik PFA musim lalu.

"Mereka menuduh saya melakukan terjahan, merintih, mereka cakap saya bersifat perkauman dan segalanya.

"Mereka tidak pernah bercakap baik dengan saya. Sebab itulah apabila orang bercakap saya akan menerima anugerah sebagai pemain terbaik liga, saya hanya berkata: "Saya tenang saja. Saya tahu di England saya tidak akan berpeluang mendapat anugerah penting itu."

Walaupun kecewa dengan layanan itu, Suarez tetap gembira bermain dengan Liverpool dan berterima kasih dengan sokongan yang dia terima di Anfield.

"Walaupun selepas penggantungan,mereka (penyokong) tetap bersama saya. Itu yang membuatkan saya terfikir Luis, lupakan semua dan kekal di sini'.

"Tetapi saya tidak boleh lupa, kerana saya telah menderita, begitu juga dengan keluarga saya dan perkara demikian telah melukakan hati mereka," jelasnya.

Artikel Lain