suria

United Bertemu Wigan Dalam Piala Sumbangsih 11 Ogos

David Moyes
David Moyes
David Moyes

MANCHESTER UNITED dan juara Piala FA, Wigan akan mencatat sejarah apabila mereka dijadualkan bertemu dalam perebutan Piala Sumbangsih 11 Ogos depan apabila kedua-dua kelab memasuki Stadium Wembley dengan diketuai pengurus baru.

Piala Sumbangsih adalah pembuka tirai kepada musim baru Liga Perdana Inggeris.

Tahun lepas, Villa Park menjadi hos kepada perlawanan tahunan ini kerana Stadium Wembley telah dikhaskan untuk pembukaan Sukan Olimpik.

Tetapi tahun ini, pembuka tirai liga akan kembali ke Wembley dengan sepak mula dijangka berlangsung tepat jam 2 petang waktu tempatan.

United akan muncul dengan diterajui oleh bekas pengurus Everton, David Moyes yang dilantik mengantikan Sir Alex Ferguson yang bersara manakala Wigan juga akan turut diketuai oleh pengurus baru (yang belum diumumkan lagi) selepas Roberto Martínez dilantik mengantikan tempat Moyes di Everton.

Satu lagi sejarah baru akan tercatat pada hari tersebut kerana inilah buat pertama kalinya sejak 1985, Manchester United akan muncul di atas padang bersama seorang pengurus baru.

Maka tidak hairanlah seluruh dunia akan tertumpu kepada perlawanan ini untuk melihat bagaimana prestasi United tanpa kelibat Sir Alex di sisi.

Dalam perlawanan itu nanti, United akan menerima peruntukkan tiket sebanyak 35,000 keping manakala Wigan hanya diperuntukkan 15,000 tiket.

Harga tiket adalah di antara £20 hingga £45.

Artikel Lain