suria

Malaysia Catat Kemenangan Kedua Di Skuasy lelaki Berpasukan WSF

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kemenangan kedua, selepas menewaskan New Zealand 3-0 dalam perlawanan Kumpulan E pada Kejohanan Skuasy Lelaki Berpasukan Dunia Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) di Mulhouse, Perancis pada Isnin.

Pemain negara -- Ong Beng Hee, Mohd Nafiizwan Adnan dan Muhd Asyraf Azan -- sebelum itu menewaskan Botswana 2-1 pada perlawanan pertama mereka.

Malaysia mengutip mata pertama menerusi Mohd Nafiizwan yang mencatat 12-10, 10-12, 11-5 dan 12-10 ke atas Martin Knight.

Pada perlawanan kedua Muhd Asyraf terpaksa bertarung lima set menentang Evan Williams. Beliau yang menang pada dua set pertama dengan 11-7 dan 11-9, akur kepada Williams dalam dua set seterusnya dengan 6-11 dan 8-11 sebelum merangkul kemenangan pada set penentuan dengan 12-10.

Mata kemenangan Malaysia dihasilkan oleh pemain veteran negara Beng Hee yang menewaskan Campbell Grayson dengan 11-7,11-6 dan 11-9.

Malaysia akan bertemu Poland pada perlawanan akhir Kumpulan E pada Selasa.-BERNAMA

Artikel Lain