suria

United Buat Pembelian Pertama Dibawah David Moyes

MANCHESTER UNITED membuat pembelian mereka yang pertama di bawah kendalian pengurus baru, David Moyes dengan mendapatkan tandatangan bek kanan Uruguay, Guillermo Varela.

Pemain muda berusia 20 tahun itu menyertai United dari kelab Atlético Peñarol selepas berjaya menjalani ujian kelayakan baru-baru ini.

Pengumuman mengenai kedatangan Varela itu diumumkan oldh laman web rasmi United.

Jumlah perpindahan tidak diumumkan oleh United tetapi Bendahari Peñarol, Rodolfo Catino, memaklumkan kepada pihak media, jumlah yang dibayar oleh United ialah £2.4 juta.

Sebaik sahaja menandatangani kontrak dengan United, Varela dilepaskan untuk kembali menyertai skuad Bawah-20 Tahun Uruguay dalam kejohanan Piala Dunia yang akan berlangsung dari 21 Jun hingga 13 Julai ini di Turki.

Varela telah mewakili skuad kebangsaan Bawah-20 Tahun Uruguay sebanyak sembilan kali.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Arsenal Mampu Bayar Rooney

Artikel Lain