suria

Ronaldo Dijangka Sambung Kontrak Baharu Bersama Real

Christiano Ronaldo
Christiano Ronaldo
Christiano Ronaldo

PENYERANG Real Madrid, Christiano Ronaldo yakin kontraknya bersama kelab La Liga itu akan disambung tanpa sebarang masalah.

Kapten Portugal ini tiba di Real Madrid dari Manchester United pada tahun 2009 dengan nilai 90 juta euro (RM368 juta).

"Saya gembira sahaja di sini, tenang dan tidak bimbang apa-apa.

"Saya tahu kami akan berbincang mengenai ini," jelas Ronaldo yang masih mempunyai baki kontrak sehingga 2015 dengan kelab ini.

Presiden kelab, Florentino Perez menyifatkan Ronaldo adalah seorang pemain yang berharga dan akan kekal di sini, membantu Real meraih gelaran liga yang ke-10.

Ronaldo,28, sebelum ini turut membantu negaranya menewaskan Rusia 1-0 pada aksi Jumaat lalu dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Arsenal Mampu Bayar Rooney

Artikel Lain