suria

Terbuka Perancis: Sharapova-Williams Berentap Di Final

Maria Sharapova
Maria Sharapova
Maria Sharapova

BINTANG tenis Rusia, Maria Sharapova terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan juara Terbuka Australia, Victoria Azarenka 6-1, 2-6, 6-4 pada aksi separuh akhir perseorangan wanita Khamis malam sekaligus ke aksi final dua kali berturut-turut Terbuka Perancis.

Sharapova dari Rusia selepas menang mudah di set pertama dalam masa 28 minit ke atas pilihan ketiga Azarenka, dari Belarus bagaimanapun tumpas di set kedua sebelum bangkit dalam saingan lebih getir di set ketiga.

Sharapova mencipta 12 ‘ace’ tetapi pada masa sama melakukan 11 ‘double fault’.

Selepas tewas di set pertama, Azarenka berjaya menjinakkan Sharapova di set kedua tetapi kehilangan rentak selepas perlawanan ditangguhkan kira-kira 30 minit akibat hujan.

Menunggu Sharapova di pentas final adalah pemain nombor satu dunia, Serena Williams yang turut menewaskan Sara Errani dari Itali 6-0 6-1 pada aksi awal pagi Jumaat.

Williams mencatat 40 daripada 52 mata kemenangan, mempamerkan aksi luar biasa dan sehingga kini dia seperti sukar ditewaskan.

"Saya tidak perlu 'keluar' dengan perasaan yang hebat. Ia seperti tunggu apa yang akan terjadi dan akan melakukan yang terbaik,"katanya penuh bermakna.

Manakala Sharapova yang tidak pernah menewaskan pemain Amerika Syarikat itu sejak tahun 2004 berkata, dia akan cuba melakukan perkara yang berbeza kali ini.

"Bohong jika saya katakan ia tidak mengganggu fikiran saya.

"Saya akan cuba untuk mengubah situasi permainan. Jelas sekali, apa yang saya telah lakukan sebelum ini tidak menjadi, jadi saya cuba membuat sesuatu yang berbeza dan harapnya ia menjadi," jelas pemain yang menduduki ranking kedua dunia ini.

Artikel Sebelum

Artikel Lain