suria

Swansea Berhadapan Risiko Kehilangan Michael Laudrup

Michael Laudrup
Michael Laudrup
Michael Laudrup

SWANSEA mungkin dilanda krisis yang di luar jangkaan apabila pengurus mereka, Michael Laudrup, 48, dijangka meletakkan jawatan seawal minggu depan ekoran perbalahan dengan pengerusi kelab itu, Huw Jenkins berhubung soal perpindahan dan pembelian pemain.

Pengurus berbangsa Denmark itu menegaskan, jika pihak kelab tidak dapat mengotakan janji-janji awal mereka berhubung soal jaminan peruntukkan bajet bagi membeli pemain-pemain baru, dia akan meninggalkan Swansea tanpa ragu-ragu lagi.

Jenkins kini sedang bercuti di Portugal dan menurut akhbar The Daily Mail, Laudrup mahukan jaminan segera daripada pengerusinya untuk membuat persiapan skuad musim depan.

Sehingga kini, menurut Daily Mail, Jenkins masih tidak memberikan sebarang komitmen yang menyakinkan Laudrup.

Laudrup menjadi perhatian ramai dan buruan kelab-kelab utama Eropah selepas dia mengemudi Swansea City merangkul piala mereka yang pertama dalam tempoh 100 tahun musim ini.

Laudrup dijanjikan peruntukkan yang memberansangkan apabila dia bersetuju untuk melanjutkan kontraknya selama semusim lagi bersama Swansea Mac lalu sebaik sahaja mereka memenangi Piala Capital One yang dahulunya dikenali sebagai Piala Liga.

Perlanjutan kontrak itu membolehkannya terus kekal berada bersama kelab itu sehingga ke penghujung musim 2014-15.

Artikel Lain