suria

Martinez Sasar Ke Liga Juara-Juara Bersama Everton

Martinez (kiri) menurunkan tandatangan ke atas baju salah seorang peminat Everton sejurus sahaja dia menjadi pengurus baru kelab itu.
Martinez (kiri) menurunkan tandatangan ke atas baju salah seorang peminat Everton sejurus sahaja dia menjadi pengurus baru kelab itu.
Martinez (kiri) menurunkan tandatangan ke atas baju salah seorang peminat Everton sejurus sahaja dia menjadi pengurus baru kelab itu.

PENGURUS baru Everton, Roberto Martinez berjanji akan membawa kelab itu ke aksi Liga Juara-Juara (CL).

Pengurus dari Sepanyol itu menandatangani kontrak selama empat tahun, mengambil alih posisi David Moyes yang telah berpindah ke Manchester United.

Pengerusi kelab, Bill Kenwright berkata: "Apabila David datang berjumpa dengan saya dan ayat pertama yang dia katakan ialah 'saya akan dapatkan anda ke Liga Juara-Juara'".

Sementara itu Martinez berkata:"Ia adalah salah satu cita-cita kelab untuk tempoh yang panjang.

"Everton mempunyai sejarah luar biasa dan tradisi. Apa yang telah David Moyes lakukan telah memberi satu landasan yang baik dan selepas ini kami perlu bermimpi untuk mendapatkan peluang ke Liga Juara-Juara.

"Terdapat enam kelab (Manchester United, Manchester City, Chelsea, Arsenal, Tottenham dan Liverpool) yang bekerja dengan cara yang berbeza, tetapi saya percaya dengan apa yang yang ada sekarang, kami akan bersaing dengan kela-kelab tersebut.

"Itulah yang saya sasarkan untuk masa depan. Ia tidak bermakna musim depan tetapi dalam dua musim lagi, ia bakal menjadi mimpi semua di Everton.

"Kami kini berada dalam keadaan bersiap untuk menjadi lebih kuat memikul tugas ini selepas Moyes melakukanya lebih 11 tahun, dan kami tidak akan menjatuhkan standard itu.

"Saya tidak kata ia sasaran realistik, tetapi ia adalah satu impian.

"Dalam mana-mana kelab pun, kamu perlu meletakkan cita-cita dan dalam bola sepak jika kamu tiada ada impian kamu tidak akan mencapai apa-apa.

"Penting bagi kami untuk meletakkan sasaran lebih jelas".

Martinez berpindah ke Goodison Park dari Wigan selepas membantu pasukan itu menjuarai Piala FA tetapi malang sekali terkeluar daripada saingan liga musim depan.

Artikel Lain