suria

Ronaldo Anggap Dirinya Serba Tahu - Mourinho

Hubungan Mourinho (kiri) dan Ronaldo agak dingin dalam tempoh terakhir musim ini.
Hubungan Mourinho (kiri) dan Ronaldo agak dingin dalam tempoh terakhir musim ini.
Hubungan Mourinho (kiri) dan Ronaldo agak dingin dalam tempoh terakhir musim ini.

PENGURUS baru Chelsea, Jose Mourinho mendakwa sikap Christiano Ronaldo 'yang serba tahu' menjadi punca utama hubungan mereka dingin sebelum tamat musim ini.

Ronaldo merasakan dirinya tahu semua perkara, dan perasaan itu tidak menggembirakan Mourinho.

Bekas pemain Manchester United ini berpindah ke Real Madrid dengan nilai £80 juta (RM379.169 juta) pada tahun 2009 dan menjadi antara penjaring terbanyak di bawah kendalian Mourinho.

Mourinho yang kini kembali mengemudikan bekas pasukannya, Chelsea awal minggu ini berkata, pemain itu tidak mengambil perhatian terhadap kritikannya.

"Saya hanya ada satu saja masalah dengannya, dan ianya amat mudah sahaja.

"Saya mengkritik taktikal serta cuba untuk membaiki kelemahan dan yakin ia akan memberi perubahan.

"Dan pada masa itu dia tidak mengambil perhatian kerana mungkin dia fikir dia tahu segalanya dan jurulatih tidak banyak membantunya.

"Christiano melalui tiga musim yang cemerlang bersama saya, dan saya tidak pasti sama ada itu adalah pencapaian terbaiknya atau tidak kerana dia telah melalui detik indah bersama Manchester United sebelum ini.

"Saya rasa pasukan telah mencipta situasi untuk dia yang mana kita dapat melihat potensi dan rekod jaringan yang telah dia lakukan," jelas Mourinho.

Artikel Lain