suria

Moyes Intai Baines

Baines (kanan) menjadi perhatian Moyes bagi mengisi barisan pemain di United.
Baines (kanan) menjadi perhatian Moyes bagi mengisi barisan pemain di United.
Baines (kanan) menjadi perhatian Moyes bagi mengisi barisan pemain di United.

PENGURUS baru Manchester United, David Moyes memulakan langkah pertamanya dengan menunjukkan minat terhadap pemain Everton, Leighton Baines.

Baines,27, semenangnya menjadi perhatian Moyes bagi pilihan menggantikan pemain pertahanan United Patrice Evra yang kini belum pasti kedudukannya di Old Trafford.

Baines turut membarisi skuad England pada aksi perlawanan persahabatan menentang England Isnin lalu, namun hanya sempat beraksi separuh masa pertama sahaja kerana kecederaan dan digantikan dengan Ashley cole.

Baines merupakan antara pemain pertahanan kiri terbaik dalam Liga Perdana sejak beberapa musim lalu.

Bekas pemain Wigan Athletic ini juga dijangka bakal mengikuti Marouane Fellani yang telah menghampiri United sebelum Moyes mengambil alih tugas daripada Sir Alex Ferguson lagi.

Artikel Lain