suria

Mourinho Kembali Ke Chelsea

Jose Mourinho
Jose Mourinho
Jose Mourinho

KELAB Chelsea secara rasminya telah melantik Jose Mourinho sebagai pengurus baru buat kali kedua selepas dua hari meninggalkan Real Madrid.

Pengurus Portugis itu telah menandatangani perjanjian selama empat tahun selepas pernah memebawa kelab ini menjulang gelaran juara liga, Piala FA dan dua trofi Piala Liga pada tahun 2004 hingga 2007.

"Saya tidak pernah berselindung tentang minat saya dengan dua kelab, Inter Milan dan Chelsea, dan Chelsea lebih penting bagi saya.

"Dan sekarang saya berjanji perkara yang sama saya sebutkan dulu (2004), dengan tambahan yang saya hanya 'satu' untuk kamu.

"Saya dapat rasakan bukan hanya sekadar pengurus Chelsea, dan ketika saya tiba di sini buat kali pertama, saya sudah 'jatuh cinta'.

"Saya gembira dan berbangga kerana dapat kembali dengan alasan yang sama, dan ia bukan hanya kerana keputusan yang baik masa lalu, bukan sekadar kerana peminat, tetapi ada sesuatu yang tertinggal di sini.

"Saya meninggalkan sesuatu di sini," jelasnya.

Artikel Lain