suria

Mahu Bantu Barca Terus Jadi Yang Terbaik - Neymar

Neymar melakukan ujian kesihatan selepas sah bergelar pemain Barcelona.
Neymar melakukan ujian kesihatan selepas sah bergelar pemain Barcelona.
Neymar melakukan ujian kesihatan selepas sah bergelar pemain Barcelona.

NEYMAR secara rasminya telah menjadi milik Barcelona sekaligus bakal bergandingan dengan pemain terbaik dunia, Lionel Messi.

Bintang muda Brazil itu terus ke Sepanyol slepas membantu negaranya seri 2-2 dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu England awal pagi Isnin.

Pemain berusia 21 tahun itu mengikat kontrak bersama Catalan selama lima tahun.

"Saya gembira kini menjadi salah seorang pemain Barcelona. Ia seperti satu mimpi. Saya mahu melakukan segalanya di sini, dan menganggap ia lebih daripada sebuah kelab.

"Saya mahu membantu Barca meneruskan gelaran sebagai kelab terbaik dunia," jelas Neymar.

Artikel Lain