suria

Nasib Terry Di Tangan Mourinho

Jose Mourinho
Jose Mourinho
Jose Mourinho

KEDUDUKAN John Terry bersama pasukan Chelsea pastinya menjadi agenda pertama pengurus baru, Jose Mourinho sebaik sahaja dia tiba di Stamford Bridge dalam tempoh terdekat ini.

Baki kontrak kapten The Blues itu hanya tinggal 12 bulan sahaja lagi, dan sehingga kini masih belum pasti mengenai kontrak barunya.

Hanya kata putus Mourinho sahaja bakal menyelamatkan kedudukan Terry dalam pasukan.

Berbanding dengan dua pemain senior lain, Ashley Cole dan Frank Lampard sudah terjamin selepas menandatangani kontrak tambahan selama setahun.

Mourinho sah menjadi bos baru skuad Chelsea selepas menandatangani kontrak selama empat tahun dengan nilai RM187 juta bersama The Blues pada Rabu.

Mourinho yang dikenali 'The Special One' pernah mengendalikan The Blues (2004-07) sebelum menguruskan Inter Milan (2008-10) dan terakhir skuad Real Madrid, 2010 hingga musim ini.

Artikel Lain